Monday, November 30, 2020

Sistem Maybank mengalami masalah teknikal di hari gaji?

Malayan Banking Bhd (Maybank) pada jam 11:37 pagi hari ini (30 November 2020) menyatakan bahawa laman web Mayban2u dan applikasi berkaitan perbankan mereka mengalami gangguan kelajuan tidak sekata, namun menyatakan bahawa aplikasi MAE tidak terjejas.


Lost Fragments - News Portal
Introducing a new way to play games, read news and earn in this digital age. You’re Running Out of Time! Join Us Now to Avoid Missing Out. Together We Will Rise

Bank itu menyatakan melalui akaun twitter mereka di @MyMaybank bahawa pengguna masih boleh memasuki aplikasi MAE menggunakan id dan password Maybank2u untuk menjalankan transaksi banking seperti yang tersedia di dalam laman web Maybank2u seperti urusan memindahkan wang (transfer) dan pembayaran bil.

"Kami memohon maaf di atas segala kesulitan dan berterima kasih di atas kesabaran anda sementara kami berusaha untuk menyelesaikan isu ini secepat yang boleh" kata bank tersebut di twitter


Isu capaian yang tidak konsisten telah berjaya diselesaikan

Walaupun isu tersebut berjaya diselesaikan pada jam 3:12 Petang hari yang sama, ramai mengguna mengambil kesempatan ini untuk meluahkan masalah-masalah yang mereka hadapi dalam menggunakan applikasi Maybank


Aplikasi "Hang" tidak memberikan response


Button yang ditekan sekali, memberikan dua kali output


Aplikasi Maybank juga mendapat Rating yang kurang memberangsangkan di PlayStore dan ramai pengguna meninggalkan komen meminta Maybank lebih prihatin dalam membuat penambahbaikan kepada aplikasi mereka.

| | Comments

Sunday, November 29, 2020

Budaya kedai Mamak dalam salah satu bandar Final Fantasy XV

Menurut Pengarah Institut Pengajian Etnik (Kita), Profesor Shamsul Amri Baharuddin mengatakan bahawa kedai mamak menjadi pusat pertukaran budaya dan simbol perpaduan di Malaysia. Kat sinilah orang kaya, pertengahan dan miskin dari setiap bangsa akan berkumpul dan lepak sambil sembang-sembang kencang pasal politik, hal ehwal sosial dan hiburan.


Lost Fragments - News Portal

Introducing a new way to play games, read news and earn in this digital age. You’re Running Out of Time! Join Us Now to Avoid Missing Out. Together We Will Rise


Maka kedai Mamak dan kita tak boleh dipisahkan lagi. Begitu jugalah Wan Hazmer yang memasukkan budaya makanan yang berinspirasi dari budaya kedai Mamak ke dalam suasana di salah satu bandar Final Fantasy.

“Bagaimanapun, Final Fantasy XV (FFXV) merupakan Role Playing Games (RPG) yang menyampaikan pengalaman perjalanan yang unik bersama rakan baik anda menerusi dunia realistik dan fantastik.


Roti Canai

Dan semua tahu bila mengembara, pastinya sentiasa ada makanan! Salah satu bandar yang anda akan lalui dalam permainan adalah Lestallum. Budaya makanannya adalah inspirasi budaya kedai Mamak kita.“- Wan Hazmer

“Ia dicipta oleh rakyat, untuk rakyat. Ia menjadi pusat hubungan antara etnik…Ia menepati cita rasa semua dan menjadi sebahagian daripada identiti rakyat Malaysia.”- Prof. Shamsul Amri Baharuddin, petikan dari FMT.

Menurutnya, buat pertama kali dalam sejarah, pemain akan dapat melihat roti canai, sate dan teh tarik. Untuk teh tarik punya pergerakan, Wan Hazmer cakap dia kena marah dengan developer.


Teh Tarik

“Pereka bentuk memarahi saya disebabkannya (teh tarik), kerana nak buat cecair datang dari satu cawan ke cawan lain adalah sesuatu yang sukar untuk direka.


Sate

Macam sate, kesan asap yang datang dari sate, kesemua perincian yang kami letak dalam game. Ianya kerana tak banyak budaya Malaysia dalam game lain yang ada.”- Wan Hazmer

Final Fantasy XV kini ditayang secara langsung setiap hari jam 10 malam di Facebook Neotizen

| | Comments

Thursday, November 26, 2020

Pencarum berdepan pengurangan pendapatan boleh buat pengeluaran akaun 1 KWSP

Pengeluaran akaun 1 Kumpulan Wang Simpanan Wang Pekerja (KWSP) diperluaskan kepada pencarum yang mengalami penurunan pendapatan pada tahun ini.


Lost Fragments - News Portal

Introducing a new way to play games, read news and earn in this digital age. You’re Running Out of Time! Join Us Now to Avoid Missing Out. Together We Will Rise


Menteri Kewangan Tengku Zafrul Abdul Aziz berkata, kini pencarum yang berdepan pemotongnan gaji, atau tidak dapat mencari pendapatan tambahan menerusi kerja lebih masa turut boleh memohon.

Mereka yang bukan lagi pencarum aktif atau bekerja di sektor tidak rasmi yang terkesan turut dibolehkan membuat pengeluaran.

Pencarum yang sebelum ini boleh membuat pengeluaran sehingga RM9,000 pula dibenarkan membuat pengeluaran sebanyak RM10,000.

Berkenaan moratorium pinjaman bank pula, kerajaan mengekalkan keputusan sebelum ini dan tidak menuruti desakan agar lanjutan moratorium diberi secara automatik kepada semua peminjam.

Tunjuk saja bukti (anda) hilang pekerjaan, diberi cuti tanpa gaji, potongan gaji, elaun atau OT (kerja lebih masa), atau pengurangan pendapatan bagi yang bekerja sendiri," kata Zafrul di Dewan Rakyat hari ini.

Pengumuman itu disambut ketukan meja daripada sejumlah ahli Parlimen yang menyokong keputusan itu.

Terdahulu, pencarum yang layak membuat permohonan itu, menerusi program i-Sinar, adalah mereka yang hilang kerja, diberi cuti tanpa gaji atau tiada sumber pendapatan.

Bagaimanapun, beberapa pihak, termasuk Umno, mendesak kerajaan agar meluaskan pengeluaran akaun 1 kepada semua pencarum.

| | Comments

Wednesday, November 25, 2020

INSIDEN TEMBAK | Dua Anggota PGA Dinaikkan Pangkat Sarjan

Polis Diraja Malaysia (PDRM) bersetuju menaikkan pangkat Koperal Baharuddin dan Koperal Norihan kepada Sarjan. Mendiang Baharuddin menerima kenaikan pangkat itu secara 'Anumerta'.


Lost Fragments - News Portal

Introducing a new way to play games, read news and earn in this digital age. You’re Running Out of Time! Join Us Now to Avoid Missing Out. Together We Will Rise


Anggota Pasukan Gerakan Am, PGA yang terbunuh dalam insiden tembakan di sempadan Malaysia-Thailand semalam, disemadikan di Kampung Sungai Sampo Bahau Negeri Sembilan hari ini.

Polis menahan dua penyeludup warga Thailand yang disyaki terlibat dalam kejadian berbalas tembak dengan anggota Pasukan Gerakan Am (PGA) di sempadan Malaysia-Thailand

Ketua Polis Perlis Datuk, Surina Saad berkata, pihaknya dimaklumkan empat lagi suspek ditahan pihak berkuasa Thailand di negara jiran itu.

"Seorang (penyeludup) ditangkap pasukan komando VAT 69 selepas kejadian dan seorang ditahan PGA Batalion 3, namun senjata tidak dijumpai.

"Daripada empat tangkapan dibuat penguat kuasa Thailand, tiga penyeludup dilaporkan cedera dan seorang yang membantu mereka turut cedera,"

Menurutnya, keterangan daripada semua suspek akan dilakukan dengan kerjasama polis Thailand.

"Siasatan awal mendapati kejadian yang berlaku di Tembok Sempadan 9 (TS9) melibatkan 13 penyeludup.

"Penyeludup ketika itu dipercayai membawa lebih kurang 12 bungkus daun ketum (anggaran 400-500 kilogram) dan seguni ubat batuk," katanya.

Sementara itu, katanya, anggota PGA dari Batalion 3 (Senoi Praaq) Briged Utara, Koperal Baharuddin Ramli yang terbunuh dalam kejadian itu mengalami kecederaan parah akibat terkena tembakan di bahagian kiri perut menyebabkannya meninggal dunia di tempat kejadian.

"Kita amat berbangga dengan keberanian yang ditunjukkan (anggota) apabila bertempur dengan lebih kurang 13 penyeludup daripada negara jiran

| | Comments

Tuesday, November 24, 2020

Covid-19: Kluster Teratai penyumbang lonjakan kes baharu

Kuala Lumpur: Kluster Teratai di Selangor dan Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur menyumbang kepada lonjakan kes baharu positif Covid-19 hari ini.


Lost Fragments - News Portal

Introducing a new way to play games, read news and earn in this digital age. You’re Running Out of Time! Join Us Now to Avoid Missing Out. Together We Will Rise


Ketua Pengarah Kesihatan Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah berkata, kluster yang diisytiharkan pada 7 November itu menunjukkan peningkatan kes mendadak sejak akhir-akhir ini.

Menurutnya, terdapat 2,524 kes positif Covid-19 iaitu 43.8 peratus yang dilaporkan daripada keseluruhan 5,767 kes disaring sehingga 12 tengah hari ini.

"Sebanyak 1,330 sampel adalah negatif, manakala 1,913 masih menunggu keputusan.

"Kes dalam kluster itu terdiri daripada 164 warganegara dan 2,360 bukan warganegara berusia antara dua hingga 68 tahun.

"Kebanyakan kes daripada kluster ini adalah pekerja kilang di kawasan Meru, Klang. Semua kes positif sudah dimasukkan ke hospital dan kontak rapat mereka dikuarantin untuk mengelakkan jangkitan kepada pekerja lain.

"Pihak pengurusan kilang turut mengambil langkah inisiatif mengasingkan pekerja dikenal pasti sebagai kontak rapat di tempat kuarantin tertentu.

"Sehingga hari ini, tiada kes yang memerlukan rawatan di Unit Rawatan Rapi (ICU) dan tiada kes kematian dilaporkan," katanya dalam sidang media hari ini.

Beliau berkata, satu perbincangan di peringkat Jawatankuasa Pengurusan Bencana Daerah (JPBD) diadakan bersama pelbagai agensi hari ini mengenai cadangan penutupan kilang berkenaan secara berperingkat.

"KKM menyambut baik perkara seperti diumumkan Menteri Kanan Keselamatan Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob hari ini. Ia membolehkan saringan dijalankan secara menyeluruh.

"Pasukan perubatan dan kesihatan awam bantuan akan digerakkan ke kawasan terbabit bagi membantu segala aktiviti kawalan dan pencegahan termasuk saringan yang akan dipergiatkan," katanya.

Sejak 17 November lalu, Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) dilaksanakan di sekitar kawasan asrama pekerja dan rumah pekerja kilang berkenaan membabitkan 5,900 orang.

Namun, katanya, berdasarkan maklumat diperolehi daripada pihak pengurusan kilang mendapati keseluruhan pekerja adalah seramai 13,000 orang yang bertugas di 28 bangunan kilang berbeza.

Menurutnya, pihak Pejabat Kesihatan Daerah (PKD) Klang sedang bekerjasama dengan pihak pengurusan kilang untuk perancangan membuat saringan ke atas semua pekerja itu.

| | Comments

Monday, November 23, 2020

Ketukan Pintu Misteri di Sabak Bernam dan Pesanan dari Ustaz Azhar Idrus

Bunyi ketukan pintu misteri yang berlaku di daerah ini sejak seminggu lalu, masih tidak menunjukkan tanda bakal berhenti apabila gangguan itu masih berterusan hingga menakutkan penduduk.

Difahamkan, gangguan ketukan yang sebelum ini berlaku di beberapa kampung, kini berlaku di dua taman perumahan dan rumah petugas kesihatan.

Penduduk Taman Cahaya 2, Sungai Besar, Syed Amir Syed Azizi, 16, berkata, kejadian sama dialami ketika dia berada di dapur rumahn bersama kakaknya kira-kira 8.30 malam tadi.


Lost Fragments - News Portal

Introducing a new way to play games, read news and earn in this digital age. You’re Running Out of Time! Join Us Now to Avoid Missing Out. Together We Will Rise


"Waktu itu, saya dan kakak baru selesai memasak. Tiba-tiba, saya ternampak kelibat seseorang di tingkap.

"Tidak lama selepas itu, terdengar bunyi ketukan pintu yang laju seolah seseorang mahu masuk ke dalam rumah dengan cepat.

"Seluruh keluarga terdiam seketika apabila mendengar bunyi ketukan itu. Saya beranikan diri keluar dan pergi ke belakang rumah untuk melihat siapa yang mengetuk pintu. Ternyata, tiada siapa di situ," katanya ketika ditemui Harian Metro, semalam.

Kata Syed Amir, dia mengetepikan perasaan takut kerana memikirkan keselamatan keluarga dan menyerahkan segalanya kepada Allah SWT.

Ustaz Azhar Idrus:
Apa nak buat kalau hantu dan syaitan tunjukkan rupa di hadapan kita?

Dari Hadis Riwayat Muslim (542)
قَامَ رَسُولُ اللَّهِ صلى الله عليه وسلم فَسَمِعْنَاهُ يَقُولُ ‏‏ أَعُوذُ بِاللَّهِ مِنْكَ ‏ ‏.‏ ثُمَّ قَالَ ‏‏أَلْعَنُكَ بِلَعْنَةِ اللَّهِ ‏ ‏.‏ ثَلاَثًا ‏.‏ وَبَسَطَ يَدَهُ كَأَنَّهُ يَتَنَاوَلُ شَيْئًا فَلَمَّا فَرَغَ مِنَ الصَّلاَةِ قُلْنَا يَا رَسُولَ اللَّهِ قَدْ سَمِعْنَاكَ تَقُولُ فِي الصَّلاَةِ شَيْئًا لَمْ نَسْمَعْكَ تَقُولُهُ قَبْلَ ذَلِكَ وَرَأَيْنَاكَ بَسَطْتَ يَدَكَ ‏.‏ قَالَ ‏ إِنَّ عَدُوَّ اللَّهِ إِبْلِيسَ جَاءَ بِشِهَابٍ مِنْ نَارٍ لِيَجْعَلَهُ فِي وَجْهِي فَقُلْتُ أَعُوذُ بِاللَّهِ مِنْكَ ‏.‏ ثَلاَثَ مَرَّاتٍ ثُمَّ قُلْتُ أَلْعَنُكَ بِلَعْنَةِ اللَّهِ التَّامَّةِ فَلَمْ يَسْتَأْخِرْ ثَلاَثَ مَرَّاتٍ ثُمَّ أَرَدْتُ أَخْذَهُ وَاللَّهِ لَوْلاَ دَعْوَةُ أَخِينَا سُلَيْمَانَ لأَصْبَحَ مُوثَقًا يَلْعَبُ بِهِ وِلْدَانُ أَهْلِ الْمَدِينَةِ

Maksudnya: Rasulullah S.A.W berdiri (untuk menunaikan solat) maka kami mendengar baginda mengatakan: Aku mohon perlindungan Allah dari mu. Kemudian kami mendengar baginda menyebut: Aku melaknat kamu dengan laknat Allah sebanyak tiga kali. Lalu baginda membentangkan tangannya seperti dia sedang mengambil sesuatu. Maka sebaik sahaja selesai solat kami katakan: Wahai Rasulullah, kami telah mendengar kamu menyebut di dalam solat sesuatu perkataan yang tidak pernah kami dengarinya sebelum ini dan kami melihat kamu bentangkan tanganmu. Maka Rasulullah S.A.W berkata: Sesungguhnya musuh Allah Iblis telah datang dengan api dari neraka untuk dia campakkan ke wajahku. Maka aku katakan: Aku mohon perlindungan Allah dari kamu sebanyak tiga kali. Kemudian aku katakan: Aku melaknat kamu dengan laknat Allah yang sepenuhnya. Maka sedikit pun ia tidak berpaling. Demi Allah sekiranya tidak disebabkan doa saudara kami Sulaiman, nescaya ia sudah menjadi bahan mainan kanak-kanak di Madinah.

sekiranya kita mendapati gangguan berbentuk suara, perlulah kita takbir (Allahu Akhbar, Allahu Akhbar), sekiranya kita mendapati gangguan berbentuk fizikal (penampakan) hendaklah kita menunjukkan jari telunjuk ke arah lembaga itu dan menyatakan Al'anuka bi laknatillah

Berdasarkan hadis ini, penerangan dari Ustaz Azhar Idrus, sekiranya kita mendapati gangguan berbentuk suara, perlulah kita takbir (Allahu Akhbar, Allahu Akhbar) sehingga hilang gangguan tersebut. Dan sekiranya kita mendapati gangguan berbentuk fizikal (penampakan) hendaklah kita menunjukkan jari telunjuk ke arah lembaga itu dan menyatakan Al'anuka bi laknatillah, bermaksud Aku melaknat kamu dengan laknat Allah yang sepenuhnya. Biiznillah, semoga Allah melindungi umat Islam dari segala bahaya, Aamiin Ya Rabbal Alamin

Sumber: https://muftiwp.gov.my/en/artikel/al-kafi-li-al-fatawi/1849-al-kafi-li-al-fatawi-457-hukum-melaknat-pelaku-maksiat

| | Comments

TERJAWAB! Saiful Apek Dedah Status Perkahwinannya Selepas Pernikahan Dengan Sabrina Ali Viral?

Ingat Lagi Pernikahan Saiful Apek & Sabrina Ali? Apek Dedah Status Sebenar Dirinya, Ramai Terdiam


Lost Fragments - News Portal

Introducing a new way to play games, read news and earn in this digital age. You’re Running Out of Time! Join Us Now to Avoid Missing Out. Together We Will Rise


TERBONGKAR! Saiful Apek Dedah Status Perkahwinannya Selepas Pernikahan Dengan Sabrina Ali Viral?

Ianya demi menghormati dan menjaga hati pihak lain. Rasanya tak perlukan kesahihan apa-apa, saya sudah maklumkan akan beritahu kelak untuk kepastian.

Buat masa sekarang saya tak boleh berikan sebarang kepastian lagi dan apa yang kami post di Instagram itulah yang boleh kami katakan

Atas sebab itu juga saya menghormati dan saya minta doakan yang baik-baik. Insya-Allah dalam tahun ini juga saya akan beritahu (perkara sebanar)" katanya kepada Gempak

Spekulasi mulai tercetus sejak September lalu apabila Saiful dan pelakon wanita terbabit berkongsi foto memakai baju sedondon di Instagram masing-masing

Sementara itu, diminta mengulas mengenai situasi rumah tangga Apek bersama isterinya, Roslina Abu Hassan, jelas anggota kumpulan Senario itu, mereka masih bersama

"Sebelum ini beberapa tahun lepas pernah tercetus katanya saya sudah berpisah dan tinggal berasingan, tapi itu semua fitnah dan tak benar! Status saya bukan duda, saya masih berkahwin, Jadi mana-mana yang orang dengar tentang perpisahan itu sama sekali tidak benar"

"Nasihat saya, bertanggungjawablah atas kata-kata masing-masing. Amalan paling mudah ialah memuliakan sesama manusia tak kira bangsa dan agama"

"Yang penting kita husnuzon dan istiqamah mendoakan yang baik-baik. Jadi berhati-hatilah dengan kata-kata" tambah Apek

| | Comments

Ustaz Ebit Lew Bantu 64 Keluarga Mangsa Banjir Di Perak

Sebak sayu ziarah kawasan banjir di Kg Changkat Lobak, Kg Parit Air Hitam 2 dan pusat mangsa banjir sk Parit Hj Aman Perak. Sampai disana dibawa bersama APM Dato Roslan Ketua Pesuruhjaya APM.


Lost Fragments - News Portal

Introducing a new way to play games, read news and earn in this digital age. You’re Running Out of Time! Join Us Now to Avoid Missing Out. Together We Will Rise


Syukur tadi saya bagi sumbangan buat 64 keluarga. 64 tilam queen dan 130 tilam single. Serta sedikit duit belanja dan barang makanan. Saya bawa 20 anak muda bersama dari Pertubuhan Kasih Umat Malaysia untuk bersihkan rumah di beberapa tempat.

Ini banjir ke 3 tahun 2020 buat mereka. 3 kali dipindahkan ke pusat banjir. Tadi beri sedikit tazkirah. Sedihnya tengok ada yang sebak dan menangis. Berat ujian mereka. Ada barang rosak kerana tiada ahli keluarga lelaki nak angkat berat. Ibu tunggal anak kecil. Ada yang warga emas. Dan sayu juga tengok anak kecil berlari-lari.

Ujian kerana Allah sayang. Semoga Allah beri kesabaran dan kekuatan buat semua yang dilanda banjir tahun 2020 ini.

Terima kasih APM, PDRM, JKM,KKM, Rela serta semua yang membantu mangsa banjir. Allah pasti balas segala susah payah dan pengorbanan semua-ebitlew

Komen dari viewer: Alhamdulilah🤲🏼Syukur Ustaz Ebit Liew sentiasa Hati💗nya di gerakkan oleh Allah utk membantu manusia yg di dlm kesusahan.Sesungguh nya Allah menyukai nya hamba nya yg membuat kebajikkan di dunia.Nabi Muhammad SWA pun menyuruh umat nya membuat Kebaikkan.Kerana setiap kebaikkan yg kita buat kerana Allah ada lah saham buat kita di akhirat nanti.Sikap seperti Ustaz Ebit ini lah yg seharus nya di tanam di dlm setiap Wakli Rakyat kita Dan juga Menteri2 Kerajaan PN.Jgn lah sibuk dgn gila kuasa dan gila pangkat.Kebajik kan rakyat yg di dlm kesusahan harus di jaga.Semoga🤲Allah mempermudahkan setiap usaha murni💗Ustaz Ebit Liew dan Team beliau.Buat semua FRONTLINERS kita anda ada lah AVENGERS rakyat🇲🇾hanya Allah saja yg dapat membalas setiap kebaik kan yg anda laku kan🤲🏼.

| | Comments

What If You Played Video Games for a Year Non-Stop

Hey guys! Are any of you gamers? Have you ever thought of the negative effects of video games? Or ever wondered what would happen to you if you played video games, say, for a year non-stop? Let me tell you my story. It all started a year ago, when I got a new job. I have to admit I’m quite a gamer. So when I saw the ad in the paper, I called them immediately. Wanted: Video Game Player. It turned out the offer wasn’t that simple. Yes, my job was to play video games. But all day long. 15 hours a day, 7 days a week, 365 days in total.


Lost Fragments - News Portal

Introducing a new way to play games, read news and earn in this digital age. You’re Running Out of Time! Join Us Now to Avoid Missing Out. Together We Will Rise


I’d have 8 hours to sleep and a half an hour in the morning and in the evening to eat and shower. No days off, no vacation. Take it or leave it. It scared me, and I was reluctant to agree. But then the employer told me my yearly salary, and I was in. If I did it for a year, I’d never have to work again. So, I decided to give it a try.

The thing I only think about is to sleep, but even in my sleep I dream about video games

Some gamers said that the hours played is insultingly low, some even said that seems like a heaven to them. What do you think?

| | Comments

Sunday, November 22, 2020

Alif Satar Positif Covid-19, Ambil Test Selepas Persembahan Separuh Akhir Muzik Muzik 35

Berita mengejutkan buat peminat Malaysia apabila pengacara,pelakon dan penyanyi popular Alif Satar didapati positif Covid-19.


Lost Fragments - News Portal

Introducing a new way to play games, read news and earn in this digital age. You’re Running Out of Time! Join Us Now to Avoid Missing Out. Together We Will Rise


Berita ini dikongsikan sendiri oleh Alif di laman instagram miliknya. Menurut Alif sepanjang dia menjalankan pengambaraan, dia membuat beberapa ujian saringan covid-19.

Malangnya keputusan terkini yang dia baru terima menunjukkan keputusan positif.

Ya Allah, selamatkanlah Alif Satar daripada penyakit covid-19. Berilah kesembuhan segera kepadanya. Lindungilah anggota keluarga daripada jangkitan virus covid-19. Semoga Alif sentiasa tabah dan kuat menghadapi semua ini. Aamiin.

| | Comments

SPIDER-MAN: MILES MORALES All Cutscenes (Game Movie) 1080p 60FPS HD

Miles Morales Flirts and Asks Girl On A Date (Spider-Man: Miles Morales) HD A year after the first game's conclusion, Morales has trained under Parker and has fully integrated himself into the role of a Spider-Man, though he has yet to gain the experience. After Parker leaves to join his girlfriend, Daily Bugle reporter Mary Jane Watson abroad as her photographer presumably to cover the ongoing civil war in Symkaria, Miles is left as New York's sole webslinger. He must thus balance supporting his mother Rio Morales' campaign for City Council and defending both his new home in Harlem and the rest of New York City from a gang war between the Roxxon Energy Corporation and a high-tech criminal army called the Underground, led by the Tinkerer. Parker tells Morales that he has to be like his late father and walk on the path to becoming a hero for the city of New York.


Lost Fragments - News Portal

Introducing a new way to play games, read news and earn in this digital age. You’re Running Out of Time! Join Us Now to Avoid Missing Out. Together We Will Rise


| | Comments

Saturday, November 21, 2020

Adakah KWSP akan disiasat berkenaan dana RM1 trillion?

KUALA LUMPUR - Aset yang dikendalikan Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) sehingga kini hampir mencecah RM1 trilion dengan keahlian seramai 14.6 juta. Menteri Kewangan, Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz berkata, daripada jumlah tersebut, 7.6 juta adalah pencarum aktif manakala majikan yang mencarum seramai 522,267.


Lost Fragments - News Portal

Introducing a new way to play games, read news and earn in this digital age. You’re Running Out of Time! Join Us Now to Avoid Missing Out. Together We Will Rise


Sebuah persatuan kesatuan pekerja hari ini meminta kerajaan untuk menubuhkan sebuah jawatankuasa bebas untuk menyiasat keadaan kewangan Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP).

Ini berlaku kerana KWSP mengatakan bahawa ia perlu menjual beberapa aset untuk membiayai pengeluaran pencarum dari Akaun 1 mereka.

Majlis Rangkaian Kesatuan Sekerja Antarabangsa Malaysia (UNI-Malaysia Labour Centre (UNI-MLC) dalam satu kenyataan mengatakan bahawa langkah itu secara tidak langsung menunjukkan bahawa KWSP tidak mempunyai 'dana simpanan' (reserved fund)atau aliran tunai (cash flow).

"UNI-MLC terkejut dengan laporan media bahawa KWSP mahu menjual aset-aset bagi tujuan menampung pengeluaran wang daripada Akaun 1 dan Akaun 2, dan kami membantah sekeras-kerasnya tindakan tersebut.

| | Comments

Friday, November 20, 2020

The Manor Beach Resort, Besut, Terengganu

Terletak hanya 50 meter dari Pantai Besut, The Manor Beach Resort Besut menawarkan penginapan di kotej kayu yang unik. Ia menawarkan pelbagai aktiviti rekreasi dan Wi-Fi percuma di kawasan awam.

Hiasan dalaman bilik adalah cantik, terdapat 2 katil queen, sesuai untuk keluarga berempat. Kolam agak kecil, namun terdapat private beach yang bersih dan damai. Keseluruhan resort adalah cantik dan tenang dan mempunyai architecture yang membanggakan - Rozana (Pengunjung)

Menawarkan pemandangan laut atau taman, kotej-kotej ini mempunyai dalaman kayu dan kelengkapan moden. Berhawa dingin sepenuhnya, setiap kotej dilengkapi dengan TV skrin-rata dan teres peribadi. Kemudahan pancuran mandian disediakan di bilik mandi separuh-terbuka.

| | Comments

Thursday, November 19, 2020

Kekurangan bukanlah penghalang, keazaman membuka gerai nasi lemak demi mengejar cita-cita

terima kasih kepada support untuk saya nasi lemak bujang Amin.🤲🏻

Posted by Dekk's Mat on Wednesday, November 18, 2020

Individu yang kurang upaya bernama Dekk’s Mat ini tetap gigih menjual nasi lemak berdekatan 7-Eleven Stesen LRT, Cheras . Dengan keadaan dirinya yang tidak mempunyai kedua belah tangan tetapi masih rajin dan berusaha mencari sumber pendapatan membuatkan orang ramai berasa sangat terharu.

Kekurangan upaya bukanlah penghalang untuk Mohamad Nor Abdullah, 28 tahun, untuk mengejar impian dan cita-cita

Ramai yang tersentuh melihat keadaanya yang sebegitu tetapi tetap gigih berusaha mencari sumber pendapatan dengan menjual nasi lemak. Walaupun ketiadaan kedua belah tangan tidak membuatkan beliau berasa malas dan tidak bekerja.

Nasi lemak bujang yang dijual oleh beliau juga agak murah, hanyalah berharga RM1.50. Jadi bagi sesiapa yang tinggal atau berada di kawasan yang berdekatan. Bolehlah membantu dengan membeli nasi lemak beliau.

Bantulah orang yang memerlukan. Kalau tak dapat bagi lebih, bagi yang sekadar termampu pun dah cukup.

Facebook Profile Dekk's Mat: https://www.facebook.com/mat.nor.92372

| | Comments

Jalan Bangsar Ditutup Sementara Pagi Ini, Dipercayai Berlaku Satu Kes Jenayah (Update 22-NOV-20)

Orang ramai pada pagi ini kecoh kerana penutupan jalan di Jalan Bangsar dari arah KL Sentral menghala ke Abdullah Hukum kerana dipercayai terdapat satu kes jenayah di lokasi tersebut.

Mayat adalah seorang lelaki warga asing ditemui dengan kesan kelar di bahagian leher di Jalan Bangsar, pagi tadi.

Ketua Polis Daerah Brickfields, Asisten Komisioner Zairulnizam Mohd Zainuddin@Hilmi berkata, mayat itu ditemui oleh orang awam yang kemudian memaklumkan kepada polis pada jam 5.38 pagi.

Menerusi ciapan ITIS_TRAFIK pada pagi ini, lokasi tersebut berada dalam kawalan Polis Trafik sementara dalam proses menunggu pihak forensik sampai.

Trafik juga dilaporkan sesak dari susur KL Sentral pada pagi tadi.

Menerusi ciapan BernamaTV sebentar tadi, orang awam dilaporkan telah menemui seorang lelaki terbaring tidak sedarkan diri di Jalan Bangsar. Polis juga telah mengesahkan bahawa lelaki tersebut telah meninggal dunia.

Update: 22 November 2020 Identiti mayat lelaki ditemui dalam keadaan mengerikan dengan kesan kelar di dada, leher dan kemaluannya di Jalan Bangsar, Khamis lalu sudah dikenal pasti.

Ketua Polis Daerah Brickfields, Asisten Komisioner Anuar Omar berkata, mangsa adalah warga Pakistan berusia 25 tahun dan ia disahkan bekas isterinya yang tampil membuat pengecaman.

Menurutnya, wanita tempatan berusia 31 tahun itu hadir ke Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Brickfields jam 4.30 petang semalam bagi membantu siasatan.

"Turut hadir, seorang lelaki warga Pakistan yang mendakwa rakan kepada mangsa. Wanita terbabit mendakwa sudah bercerai dengan mangsa sejak Oktober lalu selepas tiga tahun mendirikan rumah tangga," katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Anuar berkata, mereka melakukan pengecaman berdasarkan gambar dan pakaian mangsa, namun pengecaman tubuh akan dilakukan esok di Jabatan Patalogi Forensik Pusat Perubatan Universiti Malaya.

"Mangsa dikatakan pernah menjalankan perniagaan menjual minyak wangi bersama bekas isterinya, namun selepas bercerai dia sudah tidak bekerja.

"Semakan dengan pihak imigresen mendapati pasport mangsa sah sehingga Februari depan," katanya.

Beliau berkata, motif kejadian masih dalam siasatan dan kes disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan.

Harian Metro sebelum ini melaporkan mayat seorang lelaki ditemui dalam keadaan mengerikan apabila dada, leher dan kemaluannya dikelar.

Mayat ditemui orang awam jam 5.30 pagi di atas jalan raya dipercayai dicampak dari kenderaan.

Kejadian itu menyebabkan jalan itu ditutup sejam bermula jam 7.30 pagi hingga 8.30 pagi bagi membolehkan pihak polis melakukan siasatan mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan.

| | Comments

Wednesday, November 18, 2020

Tular video 2 wanita hampir ‘ditelan’ paus ketika berkayak di pantai

Ikan paus adalah haiwan terbesar di dunia, namun ia bukanlah haiwan yang berbahaya. Walaupun begitu, pastinya ramai yang gerun membayangkan diri mereka berdepan dengan mamalia itu.

Tetapi itulah yang berlaku kepada dua individu yang berkayak di pantai Avila, California awal bulan ini apabila mereka bertentangan dengan seekor paus.

Dalam satu video yang dikongsikan di TikTok oleh penjinak singa terkenal, Dean Schneider, seekor paus jenis Humpback muncul ke permukaan sambil membuka mulutnya dengan luas ketika dua wanita, Liz Cottriel dan Julie McSorley sedang berkayak di pantai itu bersama ramai pengunjung lain.

Akibatnya kedua-dua wanita itu berserta bot kayak mereka masuk ke dalam mulut paus berkenaan sebelum dikeluarkan semula sebaik paus itu masuk ke dalam air.

Situasi yang sempat dirakam oleh beberapa pengunjung lain itu berlaku berikutan sekumpulan ikan yang tiba-tiba memenuhi kawasan mereka berkayak, mendorong paus itu untuk datang mendapatkan makanan.

Salah seorang wanita terbabit turut sempat merakam kejadian itu dari telefon bimbitnya. Walau bagaimanapun laporan mengatakan kedua-dua mereka tidak mengalami apa-apa kecederaan dan berjaya diselamatkan oleh pengunjung lain.

Rakaman luar biasa itu mengundang pelbagai komen dari netizen, rata-ratanya menjadi seram untuk pergi ke laut.

Makanan paus Humpback terdiri daripada plankton dan ikan-ikan kecil, dan mereka biasanya akan mengeluarkan semula benda-benda asing yang masuk ke dalam mulut mereka, termasuklah manusia.

| | Comments

Tuesday, November 17, 2020

“Kenapa bunyi siren ambulans ada 2 jenis…”, Ini adalah penerangannya

Setiap pengguna jalan raya pasti pernah berhadapan dengan situasi ini dimana sering bertembung dengan kenderaan ambulans. Hal ini kerana kemungkinan ambulans-ambulans ini ingin menuju ke satu kawasan tragedi mahupun menuju ke hospital. Namun begitu, tahukah anda bahawa kenderaan ini mempunyai dua jenis bunyi yang berlainan dimana ia menandakan maksud yang berbeza?

Menerusi sebuah video yang tular di laman akaun Twitter iaitu @jalalmisai, terdapat seorang lelaki yang menjelaskan tentang bunyi-bunyi ambulans yang dihasilkan. Melalui rakaman itu, lelaki tersebut adalah salah seorang penjawat awam yang ditugaskan dalam bidang tersebut.

Bagi mereka yang tidak tahu, kedua-dua jenis bunyi ini akan digunakan dalam situasi yang berbeza dimana bunyi siren yang pertama adalah untuk membawa pesakit yang stabil manakala bunyi siren yang kedua pula adalah ketika membawa pesakit yang kritikal dan memerlukan bantuan dengan kadar segera.

Setelah melihat rakaman itu, kebanyakkan warga netizen kini faham dengan fungsi-fungsi siren berkenaan di samping terdapat segelintir warganet yang turut berterima kasih atas info yang diberikan. Video yang berdurasi selama 25 saat itu telah meraih perhatian ramai sehingga menerima sebanyak 124 ribu tontonan umum menerusi laman akaun Twitter berkenaan.

| | Comments

Monday, November 16, 2020

Your PS5 only does this one time.. You don't want to miss it

Your PS5 only does this one time.. You don't want to miss it

Here's the PS5 first startup! This screen only happens when you turn on a new Playstation 5 for the first time.. It's beautiful! Also, for new users: I explain the basics of the PS5 Control Center / Quick Menu functions - for new PS5 owners. Thanks for watching!

| | Comments

BEST UPCOMING MOVIES 2020 & 2021 (New Trailers)

BEST UPCOMING MOVIES 2020 & 2021 (New Trailers)

00:00 Monster Hunter
02:15 Black Adam
03:15 Raya And The Last Dragon
05:17 Croods 2
08:35 Wonder Woman 1984
10:56 Halloween Kills
11:34 The King's Man
14:01 Dune
16:59 Free guy
19:34 The Addams Family 2
20:29 Skylin3s
22:34 The Suicide Squad 2
24:36 The Batman
26:57 TheEmptyMan
28:28 songbird
31:15 Justice League Snyder Cut
33:47 Freaky
36:30 The Witches
38:42 The Tax Collector
41:03 Once Upon a Snowman
42:04 Jiu Jitsu
43:47 Hubie Halloween
46:42 Survival Games

| | Comments

Sunday, November 15, 2020

Insane Jumping Skills!

Insane Jumping Skills!

Click to watch

| | Comments

Ustaz Azhar Idrus | Hukum Orang Bukan Islam Makan Babi | Soal Jawab Agama

Ustaz Azhar Idrus | Hukum Orang Bukan Islam Makan Babi | Soal Jawab Agama
Apakah hukum orang bukan Islam buat perkara haram seperti makan babi? Ustaz Azhar Idrus memberikan penerangan dan penjelasan yang ringkas dan tepat. Yang wajib kita tahu ialah hukum orang Islam makan babi, tapi pernahkah kita terfikir hukum orang bukan Islam makan babi? Subscribe channel ini untuk lebih ceramah

| | Comments

PROTES PRO-DEMOKRASI | Desakan Perdana Menteri Letak Jawatan

PROTES PRO-DEMOKRASI | Desakan Perdana Menteri Letak Jawatan

Tunjuk perasaan pro-demokrasi di Thailand masih belum reda.

Semalam ribuan penunjuk perasaan berhimpun di Tugu Demokrasi Bangkok yang disifatkan sebagai pembukaan kepada perhimpunan besar-besaran yang dijadualkan berlangsung 21 November ini.

| | Comments

HUKUM JUAL BELI DI DAERAH YANG TIADA JUMAAT KERANA WABAK

HUKUM JUAL BELI DI DAERAH YANG TIADA JUMAAT KERANA WABAK

SOALAN :

Ketika wabak penyakit di setengah tempat tidak ada solat jumaat kerana menjaga dari tersebarnya penyakit.

Jadi adakah orang lelaki masih dilarang jual beli di tempat tersebut ? JAWAPAN :

Larangan jual beli pada hari jumaat berlaku atas orang yang wajib solat jumaat. Oleh kerana itulah dilarang mereka berjual beli selepas azan kerana sebab berjual beli itu menghalang dari bersegera kepada masjid.

Berkata Imam Syafie :

وإذا تبايع من لا جمعة عليه في الوقت المنهي فيه عن البيع: لم أكره البيع؛ لأنه لا جمعة عليهما، وإنما المنهيُّ عن البيعِ المأمورُ بإتيان الجمعة الإمام الشافعي في "الأم

Artinya : “Dan apabila berjual beli oleh orang yang tidak wajib atasnya jumaat pada waktu yang dilarang padanya dari berjual beli nescaya tidak aku tegahkan kerana sungguhnya tidak wajib jumaat atas mereka. Sungguhnya larangan dari jual beli itu hanyalah atas orang yang diperintahkan pergi kepada jumaat.” (Kitab Al-Umm)

Dari kerana itu maka tidak ada larangan jual beli ke atas wanita dan kanak-kanak dan musafir kerana mereka tidak diwajibkan pergi kepada jumaat.

Berkata Imam Ibnu Qudamah :

وتحريم البيع، ووجوب السعي، يختص بالمخاطبين بالجمعة، فأما غيرهم من النساء والصبيان والمسافرين، فلا يثبت في حقه ذلك ابن قدامة الحنبلي في "المغني

Artinya : “Dan pengharaman jual beli dan kewajipan pergi ke masjid hanya tertentu hukumnya dengan orang yang diwajibkan solat jumaat. Maka adapun selain mereka itu dari kaum wanita dan kanak-kanak dan musafir maka tiada sabit pada haknya oleh (larangan) yang demikian itu.” (Kitab Al-Mughni)

Jadi apabila sebuah negeri atau daerah yang sedang dilanda wabak penyakit itu tidak mengadakan solat jumaat kerana memelihara dari tersebarnya wabak maka gugur kewajipan solat jumaat kerana uzur yang tersebut itu.

Dan apabila tidak wajib solat jumaat ke atas mereka maka tidak ada larangan berjual beli pada ketika jumaat.

Berkata Dr Syauqi Ibrahim ‘Allam Mufti Negeri Mesir : نهي الشرع عن البيع والشراء وسائر العقود في وقت الجمعة ليس نهيًا في ذاته، بل هو نهي عن كل ما من شأنه أن يَشغَل عن السعي إلى الجمعة، ولذلك نص الفقهاء على جواز البيع لمن لم تجب عليهم الجمعة أو سقطت عنهم لعذرٍ من الأعذار فلا مانع من إجراء العقود وممارسة سائر المعاملات؛ من البيع والشراء وغيرهما في وقت الجمعة في ظروف الوباء؛ سواء مُنعَت إقامة الجمعة بالكلية، أو سُمِحَ بإقامتها بأعداد وشروط معينة لا تجعلها واجبة على الكافة، ولا يدخل ذلك في النهي الشرعي الدكتور / شوقي إبراهيم علام دار الإفتاء المصرية

Artinya : “Bermula larangan syarak dari berjual beli dan sekelian aqad pada waktu jumaat bukanlah larangan pada diri jual beli itu tetapi ialah larangan dari setiap keadaan yang membawa kepada sibuk dari pergi ke tempat jumaat. Dan kerana itulah para fuqahak telah menaskan atas harus jual beli ke atas orang yang tidak wajib atas mereka jumaat atau gugur jumaat daripada mereka kerana adanya beberapa uzur.

Maka tiada halangan dari memperlakukan aqad sekelian muamalat daripada jual beli dan lainnya pada waktu jumaat pada ketika wabak samada larangan mendirikan jumaat sama sekali atau hanya didirikan dengan bilangan dan syarat yang tertentu yang tidak menjadikan wajib secara menyeluruh. Dan tiada masuk yang demikian itu pada tegahan yang bangsa syarak.” (Darul Ifta Mesir)

KESIMPULAN

Larangan jual beli dan lain-lain muamalat hanyalah ke atas orang yang wajib hadir ke masjid untuk solat jumaat. Kaum wanita dan kanak-kanak dan musafir atau yang mempunyai uzur tidak dilarang dari jual beli pada waktu jumaat kerana mereka tidak wajib pergi ke masjid untuk solat jumaat.

Jika sebuah negeri atau daerah tidak mengadakan solat jumaat maka gugur kewajipan hadir ke masjid untuk solat jumaat dan terangkat atas mereka larangan jual beli pada waktu tersebut.

wallahua’lam ustaz azhar idrus

| | Comments

When you're AFK when the race starts


When you're AFK when the race starts

Ferari 599xx evo tops out at around 330, so essentially it’s the fastest car in the game that isn’t modded so it’d be disappointing if he didn’t win right?

Some say Forza is so pay to win lmao

| | Comments

Where's The Ketchup

Our minds aren't attuned to the fridge constantly changing, I'll put the ketchup in one place and later it's moved, but in Call of duty I see things move I'm in the zone

And I legitimately didnt see the ketchup the first time

| | Comments

Kluster berkaitan tempat kerja meningkat

Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) mengesan berlaku peningkatan penularan kes Covid-19 yang membabitkan kluster berkaitan tempat kerja.

Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah berkata, daripada 158 kluster aktif Covid-19 yang dilaporkan, sebanyak 65 kluster atau 41.1 peratus adalah berkaitan dengan tempat kerja termasuk dua kluster baharu diumumkan hari ini.

Menurutnya, sebanyak 5,681 kes positif Covid-19 yang berkaitan kluster tempat kerja adalah membabitkan 3,369 (59.3 peratus) warganegara dan 2,312 (40.7 peratus) bukan warganegara.

"Ia adalah hasil tindakan proaktif majikan yang turut sama menjalankan saringan Covid-19 terhadap pekerja-pekerja mereka.

"KKM amat berterima kasih dan ingin menyampaikan penghargaan kepada majikan dalam bersama-sama membantu mengesan kes positif di kalangan warga kerja mereka.

"Tindakan itu dapat mengekang penularan Covid-19 dalam komuniti dan seterusnya membantu KKM dalam menjalankan aktiviti kesihatan awam," katanya.

| | Comments

Saturday, November 14, 2020

EY Beauty Empire Nafi Edar Dadah

EY Beauty Empire Nafi Edar Dadah

KOTA BHARU: Pengarah Urusan EY Beauty Empire Sdn Bhd, Zalina Zahari menafikan syarikatnya terbabit dengan pengedaran dadah, susulan penahanan seorang lelaki bergelar Datuk Seri, semalam.

Katanya, lelaki yang ditahan bersama syabu bernilai kira-kira RM5 juta bukan Ketua Pegawai Eksekutif syarikat itu, seperti tersebar di media sosial.

“Susulan laporan berita semalam yang mengatakan seorang lelaki bergelar Datuk Seri ditahan, ramai orang mengaitkan lelaki terbabit dengan kami sehingga ada mengatakan syarikat kosmetik saya, turut terbabit dengan aktiviti dadah. “Saya ingin menegaskan lelaki berkenaan tiada kaitan langsung dengan syarikat saya, selain menafikan EY Beauty Empire Sdn Bhd terbabit dengan aktiviti penyalahgunaan dadah.

“Pembabitan lelaki berkenaan hanyalah dua kali, iaitu ketika promosi produk pada Julai dan Ogos lalu. Isteri lelaki berkenaan pula, saya hanya dikenali ketika berurusan dengan sewaan dewan dan meminta bantuan saya untuk mengeluarkan produk kosmetik,” katanya pada sidang media di sini, hari ini.

Zalina berkata, sepanjang berurusan dengan lelaki berkenaan, beliau dimaklumkan lelaki itu terbabit dalam perniagaan balak dan kayu gaharu.

“Saya tiada pengetahuan pembabitan lelaki itu dengan aktiviti penyalahgunaan dadah sehingga dilaporkan semalam.

“Saya percaya kepada kredibiliti polis untuk menyiasat perkara ini serta menyerahkan kepada pihak berkuasa dan mahkamah untuk menyiasat dan menentukan pembabitkan lelaki berkenaan.

“Hari ini, saya juga tampil membuat laporan polis di Balai Polis Kota Bharu bagi menafikan pembabitan kami dengan aktiviti dadah serta mahu membersihkan syarikat kami yang baru beroperasi Jun lalu,” katanya.

Beliau berkata, EY Beauty Empire masih lagi kekal menjalankan perniagaan berasaskan kosmetik dan minuman serta tidak sesekali terbabit dalam menyokong mana-mana individu yang menjalankan aktiviti bertentangan dengan undang-undang.

“Saya juga memohon pengguna Facebook, Instagram serta media sosial lain untuk berhenti mengaitkan EY Beauty Empire dengan kegiatan dadah dan apa jua kegiatan menyalahi undang-undang.

“Kami menganggap ia fitnah jahat dan boleh menjatuhkan nama baik syarikat serta produk kami pada mata masyarakat"

“Saya juga akan mengambil tindakan undang-undang melalui saman sivil terhadap mereka yang membuat ‘posting’ mengaitkan EY Beauty Empire dengan kegiatan dadah. Saya mohon ia dipadamkan segera,” katanya.

Media semalam melaporkan, polis menahan lelaki bergelar Datuk Seri dan adiknya di Selangor kerana dipercayai terbabit dalam sindiket pengedaran dadah antarabangsa.

Ahli perniagaan berusia 31 tahun itu dan adik lelakinya yang juga seorang anggota tentera berusia 25 tahun ditahan sekitar jam 4.30 petang Selasa lalu, bersama bungkusan disyaki dadah jenis syabu seberat 126.85 kilogram dianggarkan bernilai RM5 juta. – BH

| | Comments

Friday, November 13, 2020

Resident Evil 7: Biohazard | Final Battle with Jack Baker

Story So Far:
The loss of his upper body triggered a mutation which led to Jack increasing multiple scores in size and his speech becoming much more demonic and strained, transforming into a reptile-like monstrosity which sported several eyeballs and was completely covered in Eveline's black essence. He confronted Ethan in the boat house during his rescue of Mia and Zoe, grabbing him and throwing him across the shack while rambling about how Ethan turned his own family against him and commiserating over the death of his wife Marguerite. Jack was incapacitated by Ethan taking out his many eyes, but this did not keep him down which forced Ethan to use one of the serums he gained on Jack, rapidly calcifying him and thus ending their feud.

Pertempuran Terakhir Dengan Jack Baker
Kehilangan bahagian atas badannya mencetuskan mutasi yang menyebabkan Jack bertambah marah dan ucapannya menjadi lebih jahat dan tegang, dia juga berubah menjadi monstrositi seperti reptilia yang mempunyai beberapa bola mata dan badannya diliputi esensi hitam dari Eveline. Dia berhadapan dengan Ethan di rumah perahu semasa Ethan cuba menyelamatkan Mia dan Zoe, Jack menangkap tubuh Ethan dan melemparkannya ke seberang kolah sambil menyatakan tentang bagaimana Ethan tidak berterima kasih kepada keluarganya, melawannya dan memperingatkan Ethan kematian isterinya Marguerite yang dibunuh Ethan! Jack dilemahkan oleh Ethan yang menghapuskan banyak matanya, tetapi ini masih tidak dapat mengalahkannya sehingga memaksa Ethan menggunakan salah satu serum pada Jack, dengan itu terus melemahkannya dan dengan demikian mengakhiri pertempuran mereka.

| | Comments