“Kenapa bunyi siren ambulans ada 2 jenis…”, Ini adalah penerangannya
Lagi info berguna dari TikTok. Kenapa bunyi siren ambulans ada 2 jenis. 👍 pic.twitter.com/roFE2zpVsz
— Pakcik 1 #RakyatJagaRakyat (@jalalmisai68) November 12, 2020
Menerusi sebuah video yang tular di laman akaun Twitter iaitu @jalalmisai, terdapat seorang lelaki yang menjelaskan tentang bunyi-bunyi ambulans yang dihasilkan. Melalui rakaman itu, lelaki tersebut adalah salah seorang penjawat awam yang ditugaskan dalam bidang tersebut.
Bagi mereka yang tidak tahu, kedua-dua jenis bunyi ini akan digunakan dalam situasi yang berbeza dimana bunyi siren yang pertama adalah untuk membawa pesakit yang stabil manakala bunyi siren yang kedua pula adalah ketika membawa pesakit yang kritikal dan memerlukan bantuan dengan kadar segera.
Setelah melihat rakaman itu, kebanyakkan warga netizen kini faham dengan fungsi-fungsi siren berkenaan di samping terdapat segelintir warganet yang turut berterima kasih atas info yang diberikan. Video yang berdurasi selama 25 saat itu telah meraih perhatian ramai sehingga menerima sebanyak 124 ribu tontonan umum menerusi laman akaun Twitter berkenaan.