Ustaz Ebit Lew Bantu 64 Keluarga Mangsa Banjir Di Perak

Sebak sayu ziarah kawasan banjir di Kg Changkat Lobak, Kg Parit Air Hitam 2 dan pusat mangsa banjir sk Parit Hj Aman Perak. Sampai disana dibawa bersama APM Dato Roslan Ketua Pesuruhjaya APM.


Lost Fragments - News Portal

Introducing a new way to play games, read news and earn in this digital age. You’re Running Out of Time! Join Us Now to Avoid Missing Out. Together We Will Rise


Syukur tadi saya bagi sumbangan buat 64 keluarga. 64 tilam queen dan 130 tilam single. Serta sedikit duit belanja dan barang makanan. Saya bawa 20 anak muda bersama dari Pertubuhan Kasih Umat Malaysia untuk bersihkan rumah di beberapa tempat.

Ini banjir ke 3 tahun 2020 buat mereka. 3 kali dipindahkan ke pusat banjir. Tadi beri sedikit tazkirah. Sedihnya tengok ada yang sebak dan menangis. Berat ujian mereka. Ada barang rosak kerana tiada ahli keluarga lelaki nak angkat berat. Ibu tunggal anak kecil. Ada yang warga emas. Dan sayu juga tengok anak kecil berlari-lari.

Ujian kerana Allah sayang. Semoga Allah beri kesabaran dan kekuatan buat semua yang dilanda banjir tahun 2020 ini.

Terima kasih APM, PDRM, JKM,KKM, Rela serta semua yang membantu mangsa banjir. Allah pasti balas segala susah payah dan pengorbanan semua-ebitlew

Komen dari viewer: Alhamdulilah🤲🏼Syukur Ustaz Ebit Liew sentiasa Hati💗nya di gerakkan oleh Allah utk membantu manusia yg di dlm kesusahan.Sesungguh nya Allah menyukai nya hamba nya yg membuat kebajikkan di dunia.Nabi Muhammad SWA pun menyuruh umat nya membuat Kebaikkan.Kerana setiap kebaikkan yg kita buat kerana Allah ada lah saham buat kita di akhirat nanti.Sikap seperti Ustaz Ebit ini lah yg seharus nya di tanam di dlm setiap Wakli Rakyat kita Dan juga Menteri2 Kerajaan PN.Jgn lah sibuk dgn gila kuasa dan gila pangkat.Kebajik kan rakyat yg di dlm kesusahan harus di jaga.Semoga🤲Allah mempermudahkan setiap usaha murni💗Ustaz Ebit Liew dan Team beliau.Buat semua FRONTLINERS kita anda ada lah AVENGERS rakyat🇲🇾hanya Allah saja yg dapat membalas setiap kebaik kan yg anda laku kan🤲🏼.

|