Adakah KWSP akan disiasat berkenaan dana RM1 trillion?

KUALA LUMPUR - Aset yang dikendalikan Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) sehingga kini hampir mencecah RM1 trilion dengan keahlian seramai 14.6 juta. Menteri Kewangan, Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz berkata, daripada jumlah tersebut, 7.6 juta adalah pencarum aktif manakala majikan yang mencarum seramai 522,267.


Lost Fragments - News Portal

Introducing a new way to play games, read news and earn in this digital age. You’re Running Out of Time! Join Us Now to Avoid Missing Out. Together We Will Rise


Sebuah persatuan kesatuan pekerja hari ini meminta kerajaan untuk menubuhkan sebuah jawatankuasa bebas untuk menyiasat keadaan kewangan Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP).

Ini berlaku kerana KWSP mengatakan bahawa ia perlu menjual beberapa aset untuk membiayai pengeluaran pencarum dari Akaun 1 mereka.

Majlis Rangkaian Kesatuan Sekerja Antarabangsa Malaysia (UNI-Malaysia Labour Centre (UNI-MLC) dalam satu kenyataan mengatakan bahawa langkah itu secara tidak langsung menunjukkan bahawa KWSP tidak mempunyai 'dana simpanan' (reserved fund)atau aliran tunai (cash flow).

"UNI-MLC terkejut dengan laporan media bahawa KWSP mahu menjual aset-aset bagi tujuan menampung pengeluaran wang daripada Akaun 1 dan Akaun 2, dan kami membantah sekeras-kerasnya tindakan tersebut.

|