Covid-19: Kluster Teratai penyumbang lonjakan kes baharu

Kuala Lumpur: Kluster Teratai di Selangor dan Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur menyumbang kepada lonjakan kes baharu positif Covid-19 hari ini.


Lost Fragments - News Portal

Introducing a new way to play games, read news and earn in this digital age. You’re Running Out of Time! Join Us Now to Avoid Missing Out. Together We Will Rise


Ketua Pengarah Kesihatan Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah berkata, kluster yang diisytiharkan pada 7 November itu menunjukkan peningkatan kes mendadak sejak akhir-akhir ini.

Menurutnya, terdapat 2,524 kes positif Covid-19 iaitu 43.8 peratus yang dilaporkan daripada keseluruhan 5,767 kes disaring sehingga 12 tengah hari ini.

"Sebanyak 1,330 sampel adalah negatif, manakala 1,913 masih menunggu keputusan.

"Kes dalam kluster itu terdiri daripada 164 warganegara dan 2,360 bukan warganegara berusia antara dua hingga 68 tahun.

"Kebanyakan kes daripada kluster ini adalah pekerja kilang di kawasan Meru, Klang. Semua kes positif sudah dimasukkan ke hospital dan kontak rapat mereka dikuarantin untuk mengelakkan jangkitan kepada pekerja lain.

"Pihak pengurusan kilang turut mengambil langkah inisiatif mengasingkan pekerja dikenal pasti sebagai kontak rapat di tempat kuarantin tertentu.

"Sehingga hari ini, tiada kes yang memerlukan rawatan di Unit Rawatan Rapi (ICU) dan tiada kes kematian dilaporkan," katanya dalam sidang media hari ini.

Beliau berkata, satu perbincangan di peringkat Jawatankuasa Pengurusan Bencana Daerah (JPBD) diadakan bersama pelbagai agensi hari ini mengenai cadangan penutupan kilang berkenaan secara berperingkat.

"KKM menyambut baik perkara seperti diumumkan Menteri Kanan Keselamatan Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob hari ini. Ia membolehkan saringan dijalankan secara menyeluruh.

"Pasukan perubatan dan kesihatan awam bantuan akan digerakkan ke kawasan terbabit bagi membantu segala aktiviti kawalan dan pencegahan termasuk saringan yang akan dipergiatkan," katanya.

Sejak 17 November lalu, Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) dilaksanakan di sekitar kawasan asrama pekerja dan rumah pekerja kilang berkenaan membabitkan 5,900 orang.

Namun, katanya, berdasarkan maklumat diperolehi daripada pihak pengurusan kilang mendapati keseluruhan pekerja adalah seramai 13,000 orang yang bertugas di 28 bangunan kilang berbeza.

Menurutnya, pihak Pejabat Kesihatan Daerah (PKD) Klang sedang bekerjasama dengan pihak pengurusan kilang untuk perancangan membuat saringan ke atas semua pekerja itu.

|