Ketukan Pintu Misteri di Sabak Bernam dan Pesanan dari Ustaz Azhar Idrus

Bunyi ketukan pintu misteri yang berlaku di daerah ini sejak seminggu lalu, masih tidak menunjukkan tanda bakal berhenti apabila gangguan itu masih berterusan hingga menakutkan penduduk.

Difahamkan, gangguan ketukan yang sebelum ini berlaku di beberapa kampung, kini berlaku di dua taman perumahan dan rumah petugas kesihatan.

Penduduk Taman Cahaya 2, Sungai Besar, Syed Amir Syed Azizi, 16, berkata, kejadian sama dialami ketika dia berada di dapur rumahn bersama kakaknya kira-kira 8.30 malam tadi.


Lost Fragments - News Portal

Introducing a new way to play games, read news and earn in this digital age. You’re Running Out of Time! Join Us Now to Avoid Missing Out. Together We Will Rise


"Waktu itu, saya dan kakak baru selesai memasak. Tiba-tiba, saya ternampak kelibat seseorang di tingkap.

"Tidak lama selepas itu, terdengar bunyi ketukan pintu yang laju seolah seseorang mahu masuk ke dalam rumah dengan cepat.

"Seluruh keluarga terdiam seketika apabila mendengar bunyi ketukan itu. Saya beranikan diri keluar dan pergi ke belakang rumah untuk melihat siapa yang mengetuk pintu. Ternyata, tiada siapa di situ," katanya ketika ditemui Harian Metro, semalam.

Kata Syed Amir, dia mengetepikan perasaan takut kerana memikirkan keselamatan keluarga dan menyerahkan segalanya kepada Allah SWT.

Ustaz Azhar Idrus:
Apa nak buat kalau hantu dan syaitan tunjukkan rupa di hadapan kita?

Dari Hadis Riwayat Muslim (542)
قَامَ رَسُولُ اللَّهِ صلى الله عليه وسلم فَسَمِعْنَاهُ يَقُولُ ‏‏ أَعُوذُ بِاللَّهِ مِنْكَ ‏ ‏.‏ ثُمَّ قَالَ ‏‏أَلْعَنُكَ بِلَعْنَةِ اللَّهِ ‏ ‏.‏ ثَلاَثًا ‏.‏ وَبَسَطَ يَدَهُ كَأَنَّهُ يَتَنَاوَلُ شَيْئًا فَلَمَّا فَرَغَ مِنَ الصَّلاَةِ قُلْنَا يَا رَسُولَ اللَّهِ قَدْ سَمِعْنَاكَ تَقُولُ فِي الصَّلاَةِ شَيْئًا لَمْ نَسْمَعْكَ تَقُولُهُ قَبْلَ ذَلِكَ وَرَأَيْنَاكَ بَسَطْتَ يَدَكَ ‏.‏ قَالَ ‏ إِنَّ عَدُوَّ اللَّهِ إِبْلِيسَ جَاءَ بِشِهَابٍ مِنْ نَارٍ لِيَجْعَلَهُ فِي وَجْهِي فَقُلْتُ أَعُوذُ بِاللَّهِ مِنْكَ ‏.‏ ثَلاَثَ مَرَّاتٍ ثُمَّ قُلْتُ أَلْعَنُكَ بِلَعْنَةِ اللَّهِ التَّامَّةِ فَلَمْ يَسْتَأْخِرْ ثَلاَثَ مَرَّاتٍ ثُمَّ أَرَدْتُ أَخْذَهُ وَاللَّهِ لَوْلاَ دَعْوَةُ أَخِينَا سُلَيْمَانَ لأَصْبَحَ مُوثَقًا يَلْعَبُ بِهِ وِلْدَانُ أَهْلِ الْمَدِينَةِ

Maksudnya: Rasulullah S.A.W berdiri (untuk menunaikan solat) maka kami mendengar baginda mengatakan: Aku mohon perlindungan Allah dari mu. Kemudian kami mendengar baginda menyebut: Aku melaknat kamu dengan laknat Allah sebanyak tiga kali. Lalu baginda membentangkan tangannya seperti dia sedang mengambil sesuatu. Maka sebaik sahaja selesai solat kami katakan: Wahai Rasulullah, kami telah mendengar kamu menyebut di dalam solat sesuatu perkataan yang tidak pernah kami dengarinya sebelum ini dan kami melihat kamu bentangkan tanganmu. Maka Rasulullah S.A.W berkata: Sesungguhnya musuh Allah Iblis telah datang dengan api dari neraka untuk dia campakkan ke wajahku. Maka aku katakan: Aku mohon perlindungan Allah dari kamu sebanyak tiga kali. Kemudian aku katakan: Aku melaknat kamu dengan laknat Allah yang sepenuhnya. Maka sedikit pun ia tidak berpaling. Demi Allah sekiranya tidak disebabkan doa saudara kami Sulaiman, nescaya ia sudah menjadi bahan mainan kanak-kanak di Madinah.

sekiranya kita mendapati gangguan berbentuk suara, perlulah kita takbir (Allahu Akhbar, Allahu Akhbar), sekiranya kita mendapati gangguan berbentuk fizikal (penampakan) hendaklah kita menunjukkan jari telunjuk ke arah lembaga itu dan menyatakan Al'anuka bi laknatillah

Berdasarkan hadis ini, penerangan dari Ustaz Azhar Idrus, sekiranya kita mendapati gangguan berbentuk suara, perlulah kita takbir (Allahu Akhbar, Allahu Akhbar) sehingga hilang gangguan tersebut. Dan sekiranya kita mendapati gangguan berbentuk fizikal (penampakan) hendaklah kita menunjukkan jari telunjuk ke arah lembaga itu dan menyatakan Al'anuka bi laknatillah, bermaksud Aku melaknat kamu dengan laknat Allah yang sepenuhnya. Biiznillah, semoga Allah melindungi umat Islam dari segala bahaya, Aamiin Ya Rabbal Alamin

Sumber: https://muftiwp.gov.my/en/artikel/al-kafi-li-al-fatawi/1849-al-kafi-li-al-fatawi-457-hukum-melaknat-pelaku-maksiat

|