Monday, November 30, 2020

Sistem Maybank mengalami masalah teknikal di hari gaji?

Malayan Banking Bhd (Maybank) pada jam 11:37 pagi hari ini (30 November 2020) menyatakan bahawa laman web Mayban2u dan applikasi berkaitan perbankan mereka mengalami gangguan kelajuan tidak sekata, namun menyatakan bahawa aplikasi MAE tidak terjejas.


Lost Fragments - News Portal
Introducing a new way to play games, read news and earn in this digital age. You’re Running Out of Time! Join Us Now to Avoid Missing Out. Together We Will Rise

Bank itu menyatakan melalui akaun twitter mereka di @MyMaybank bahawa pengguna masih boleh memasuki aplikasi MAE menggunakan id dan password Maybank2u untuk menjalankan transaksi banking seperti yang tersedia di dalam laman web Maybank2u seperti urusan memindahkan wang (transfer) dan pembayaran bil.

"Kami memohon maaf di atas segala kesulitan dan berterima kasih di atas kesabaran anda sementara kami berusaha untuk menyelesaikan isu ini secepat yang boleh" kata bank tersebut di twitter


Isu capaian yang tidak konsisten telah berjaya diselesaikan

Walaupun isu tersebut berjaya diselesaikan pada jam 3:12 Petang hari yang sama, ramai mengguna mengambil kesempatan ini untuk meluahkan masalah-masalah yang mereka hadapi dalam menggunakan applikasi Maybank


Aplikasi "Hang" tidak memberikan response


Button yang ditekan sekali, memberikan dua kali output


Aplikasi Maybank juga mendapat Rating yang kurang memberangsangkan di PlayStore dan ramai pengguna meninggalkan komen meminta Maybank lebih prihatin dalam membuat penambahbaikan kepada aplikasi mereka.

| | Comments

Sunday, November 29, 2020

Budaya kedai Mamak dalam salah satu bandar Final Fantasy XV

Menurut Pengarah Institut Pengajian Etnik (Kita), Profesor Shamsul Amri Baharuddin mengatakan bahawa kedai mamak menjadi pusat pertukaran budaya dan simbol perpaduan di Malaysia. Kat sinilah orang kaya, pertengahan dan miskin dari setiap bangsa akan berkumpul dan lepak sambil sembang-sembang kencang pasal politik, hal ehwal sosial dan hiburan.


Lost Fragments - News Portal

Introducing a new way to play games, read news and earn in this digital age. You’re Running Out of Time! Join Us Now to Avoid Missing Out. Together We Will Rise


Maka kedai Mamak dan kita tak boleh dipisahkan lagi. Begitu jugalah Wan Hazmer yang memasukkan budaya makanan yang berinspirasi dari budaya kedai Mamak ke dalam suasana di salah satu bandar Final Fantasy.

“Bagaimanapun, Final Fantasy XV (FFXV) merupakan Role Playing Games (RPG) yang menyampaikan pengalaman perjalanan yang unik bersama rakan baik anda menerusi dunia realistik dan fantastik.


Roti Canai

Dan semua tahu bila mengembara, pastinya sentiasa ada makanan! Salah satu bandar yang anda akan lalui dalam permainan adalah Lestallum. Budaya makanannya adalah inspirasi budaya kedai Mamak kita.“- Wan Hazmer

“Ia dicipta oleh rakyat, untuk rakyat. Ia menjadi pusat hubungan antara etnik…Ia menepati cita rasa semua dan menjadi sebahagian daripada identiti rakyat Malaysia.”- Prof. Shamsul Amri Baharuddin, petikan dari FMT.

Menurutnya, buat pertama kali dalam sejarah, pemain akan dapat melihat roti canai, sate dan teh tarik. Untuk teh tarik punya pergerakan, Wan Hazmer cakap dia kena marah dengan developer.


Teh Tarik

“Pereka bentuk memarahi saya disebabkannya (teh tarik), kerana nak buat cecair datang dari satu cawan ke cawan lain adalah sesuatu yang sukar untuk direka.


Sate

Macam sate, kesan asap yang datang dari sate, kesemua perincian yang kami letak dalam game. Ianya kerana tak banyak budaya Malaysia dalam game lain yang ada.”- Wan Hazmer

Final Fantasy XV kini ditayang secara langsung setiap hari jam 10 malam di Facebook Neotizen

| | Comments

Thursday, November 26, 2020

Pencarum berdepan pengurangan pendapatan boleh buat pengeluaran akaun 1 KWSP

Pengeluaran akaun 1 Kumpulan Wang Simpanan Wang Pekerja (KWSP) diperluaskan kepada pencarum yang mengalami penurunan pendapatan pada tahun ini.


Lost Fragments - News Portal

Introducing a new way to play games, read news and earn in this digital age. You’re Running Out of Time! Join Us Now to Avoid Missing Out. Together We Will Rise


Menteri Kewangan Tengku Zafrul Abdul Aziz berkata, kini pencarum yang berdepan pemotongnan gaji, atau tidak dapat mencari pendapatan tambahan menerusi kerja lebih masa turut boleh memohon.

Mereka yang bukan lagi pencarum aktif atau bekerja di sektor tidak rasmi yang terkesan turut dibolehkan membuat pengeluaran.

Pencarum yang sebelum ini boleh membuat pengeluaran sehingga RM9,000 pula dibenarkan membuat pengeluaran sebanyak RM10,000.

Berkenaan moratorium pinjaman bank pula, kerajaan mengekalkan keputusan sebelum ini dan tidak menuruti desakan agar lanjutan moratorium diberi secara automatik kepada semua peminjam.

Tunjuk saja bukti (anda) hilang pekerjaan, diberi cuti tanpa gaji, potongan gaji, elaun atau OT (kerja lebih masa), atau pengurangan pendapatan bagi yang bekerja sendiri," kata Zafrul di Dewan Rakyat hari ini.

Pengumuman itu disambut ketukan meja daripada sejumlah ahli Parlimen yang menyokong keputusan itu.

Terdahulu, pencarum yang layak membuat permohonan itu, menerusi program i-Sinar, adalah mereka yang hilang kerja, diberi cuti tanpa gaji atau tiada sumber pendapatan.

Bagaimanapun, beberapa pihak, termasuk Umno, mendesak kerajaan agar meluaskan pengeluaran akaun 1 kepada semua pencarum.

| | Comments

Wednesday, November 25, 2020

INSIDEN TEMBAK | Dua Anggota PGA Dinaikkan Pangkat Sarjan

Polis Diraja Malaysia (PDRM) bersetuju menaikkan pangkat Koperal Baharuddin dan Koperal Norihan kepada Sarjan. Mendiang Baharuddin menerima kenaikan pangkat itu secara 'Anumerta'.


Lost Fragments - News Portal

Introducing a new way to play games, read news and earn in this digital age. You’re Running Out of Time! Join Us Now to Avoid Missing Out. Together We Will Rise


Anggota Pasukan Gerakan Am, PGA yang terbunuh dalam insiden tembakan di sempadan Malaysia-Thailand semalam, disemadikan di Kampung Sungai Sampo Bahau Negeri Sembilan hari ini.

Polis menahan dua penyeludup warga Thailand yang disyaki terlibat dalam kejadian berbalas tembak dengan anggota Pasukan Gerakan Am (PGA) di sempadan Malaysia-Thailand

Ketua Polis Perlis Datuk, Surina Saad berkata, pihaknya dimaklumkan empat lagi suspek ditahan pihak berkuasa Thailand di negara jiran itu.

"Seorang (penyeludup) ditangkap pasukan komando VAT 69 selepas kejadian dan seorang ditahan PGA Batalion 3, namun senjata tidak dijumpai.

"Daripada empat tangkapan dibuat penguat kuasa Thailand, tiga penyeludup dilaporkan cedera dan seorang yang membantu mereka turut cedera,"

Menurutnya, keterangan daripada semua suspek akan dilakukan dengan kerjasama polis Thailand.

"Siasatan awal mendapati kejadian yang berlaku di Tembok Sempadan 9 (TS9) melibatkan 13 penyeludup.

"Penyeludup ketika itu dipercayai membawa lebih kurang 12 bungkus daun ketum (anggaran 400-500 kilogram) dan seguni ubat batuk," katanya.

Sementara itu, katanya, anggota PGA dari Batalion 3 (Senoi Praaq) Briged Utara, Koperal Baharuddin Ramli yang terbunuh dalam kejadian itu mengalami kecederaan parah akibat terkena tembakan di bahagian kiri perut menyebabkannya meninggal dunia di tempat kejadian.

"Kita amat berbangga dengan keberanian yang ditunjukkan (anggota) apabila bertempur dengan lebih kurang 13 penyeludup daripada negara jiran

| | Comments

Tuesday, November 24, 2020

Covid-19: Kluster Teratai penyumbang lonjakan kes baharu

Kuala Lumpur: Kluster Teratai di Selangor dan Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur menyumbang kepada lonjakan kes baharu positif Covid-19 hari ini.


Lost Fragments - News Portal

Introducing a new way to play games, read news and earn in this digital age. You’re Running Out of Time! Join Us Now to Avoid Missing Out. Together We Will Rise


Ketua Pengarah Kesihatan Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah berkata, kluster yang diisytiharkan pada 7 November itu menunjukkan peningkatan kes mendadak sejak akhir-akhir ini.

Menurutnya, terdapat 2,524 kes positif Covid-19 iaitu 43.8 peratus yang dilaporkan daripada keseluruhan 5,767 kes disaring sehingga 12 tengah hari ini.

"Sebanyak 1,330 sampel adalah negatif, manakala 1,913 masih menunggu keputusan.

"Kes dalam kluster itu terdiri daripada 164 warganegara dan 2,360 bukan warganegara berusia antara dua hingga 68 tahun.

"Kebanyakan kes daripada kluster ini adalah pekerja kilang di kawasan Meru, Klang. Semua kes positif sudah dimasukkan ke hospital dan kontak rapat mereka dikuarantin untuk mengelakkan jangkitan kepada pekerja lain.

"Pihak pengurusan kilang turut mengambil langkah inisiatif mengasingkan pekerja dikenal pasti sebagai kontak rapat di tempat kuarantin tertentu.

"Sehingga hari ini, tiada kes yang memerlukan rawatan di Unit Rawatan Rapi (ICU) dan tiada kes kematian dilaporkan," katanya dalam sidang media hari ini.

Beliau berkata, satu perbincangan di peringkat Jawatankuasa Pengurusan Bencana Daerah (JPBD) diadakan bersama pelbagai agensi hari ini mengenai cadangan penutupan kilang berkenaan secara berperingkat.

"KKM menyambut baik perkara seperti diumumkan Menteri Kanan Keselamatan Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob hari ini. Ia membolehkan saringan dijalankan secara menyeluruh.

"Pasukan perubatan dan kesihatan awam bantuan akan digerakkan ke kawasan terbabit bagi membantu segala aktiviti kawalan dan pencegahan termasuk saringan yang akan dipergiatkan," katanya.

Sejak 17 November lalu, Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) dilaksanakan di sekitar kawasan asrama pekerja dan rumah pekerja kilang berkenaan membabitkan 5,900 orang.

Namun, katanya, berdasarkan maklumat diperolehi daripada pihak pengurusan kilang mendapati keseluruhan pekerja adalah seramai 13,000 orang yang bertugas di 28 bangunan kilang berbeza.

Menurutnya, pihak Pejabat Kesihatan Daerah (PKD) Klang sedang bekerjasama dengan pihak pengurusan kilang untuk perancangan membuat saringan ke atas semua pekerja itu.

| | Comments